Pakkun and The gang
Kakashi adalah ninja yang diberi julukan sebagai ninja peniruan. Dikatakan dia telah meniru 1000 jutsu sepanjang hidupnya. Kakashi juga tercatat mampu menyeru pasukan anjing yang diketuai oleh seekor anjing kecil bernama Pakkun.
Pakkun dan kawan-kawannya tidak pernah sekalipun ditampilkan dari mana mereka berasal dan bagaimana Kakashi menandatangani kontrak dengan mereka. Bahkan kita tidak tahu asal usul Pakkun dan bagaimana boleh menjadi ketua kelompok.
Ningame Kura-kura -Cikgu Guy
Seterusnya adalah haiwan seruan milik cikgu Guy. Ini sebenarnya sangat mencurigakan kerana Guy dikatakan tidak mampu menggunakan ninjutsu. Sementara itu, teknik Kuchiyose adalah teknik ninjutsu. Dan kita pernah melihat Guy memanggil seekor kura-kura dalam ujian Chunin Naruto dan ketika mengejar Kisame.
Raja Monyet Enma
Yang ketiga adalah kuchiyose milik Hokage ke-3. Hokage mampu memanggil raja monyet Enma yang boleh berubah menjadi tongkat apabila melawan Oruchimaru dalam ujian Chunnin. Tapi kita juga tidak tahu dan bagaimana hokage mamopu memanggilnya.
Ohamaguri Kerang Raksasa Mizukage
Dan yang terakhir adalah haiwan miliki Mizukage kedua iaitu kerang raksasa Ohamaguri. Meskipun hanya ada sedikit kemunculan makhluk ini dalam anime, tapi kita boleh mengetahui bahawa Ohamaguri memiliki genjutsu yang mendalam.
Tidak ada kisah asal dimana atau bagaimana Mizukage mendapatkan kemampuan untuk memanggilnya. Namun Ohamaguri memiliki lambang Kirigakure di bahagian cengkerangnya.
Mizukage sendiri pernah memanggilnya bila berperang melawan Shinobi Bersekutu.