08-03-2014
JAXA (Japan Aerospace Exploration Agency/ Agensi Penjelajahan Aeroangkasa Jepun) telah mengumumkan cadangan untuk membersihkan sampah angkasa dengan jaring magnetik gergasi .
Sistem ini akan diuji pada bulan depan dengan satelit ciptaan para penyelidik di Universiti Kagawa.
Setelah memasuki orbit, satelit tersebut boleh mengeluarkan wayar sepanjang 300 meter yang membentuk medan magnetik.
Secara teori , ia akan menarik sampah sampah yang terdapat di ruang angkasa tersebut.
Menurut standard agensi angkasa, sebarang objek yang bersaiz melebihi 10 sm akan dianggap merbahaya.