Aruna Shanbaug dirogol dan dicekik oleh seorang pekerja hospital di Mumbai pada tahun 1973. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seorang wanita di India yang koma selama 42 tahun selepas dirogol dan didera, akhirnya menghembuskan nafas terakhir semalam.
Menurut laporan The Guardian, Aruna Shanbaug dirogol dan dicekik oleh seorang pekerja hospital di Mumbai pada tahun 1973, yang mengakibatkan kecederaan teruk pada otaknya.Rakan Aruna, Pinki Virani, telah bertahun-tahun cuba mendapatkan petisyen agar hospital dibenarkan menamatkan riwayat Aruna, namun gagal.Minggu lalu, Aruna diserang pneumonia yang membawa kepada persetujuan para doktor untuk melepaskannya dari mesin sokongan hidup.Aruna merupakan bekas jururawat, diserang seorang lelaki, Sohanlal Bhartha Walmiki, ketika baru sahaja selesai bekerja shif malam. Dia diperkosa dalam keadaan lehernya diikat dengan rantai anjing, mengakibatkan kerosakan yang teruk pada sel otaknya.Lelaki itu dipenjarakan atas kesalahan cubaan membunuh tetapi pihak pendakwa memilih untuk tidak mendakwanya atas kesalahan merogol kerana bimbang ia akan memberi kesan kepada personalitinya.Dia bagaimanapun sudah dibebaskan dari penjara beberapa tahun lalu.