Son Goku dan Luffy bertarung di jalanan sempena menyambut pelancaran J-Stars Victory Vs.!
J-Stars Victory Vs. siri permainan video karakter daripada 32 buah manga terbitan Shonen Jump menentang sesama sendiri.
Untuk meraikan pelancaran siri ini, pihak Bandai Namco Games telah mendirikan parung berskala sebenar Son Goku dari Dragon Ball sedang bertarung dengan Monkey D. Luffy dari One Piece di tengah-tengah jalan raya di Tokyo.
Son Goku sedang bersedia untuk melepaskan serangan Kamehameha , manakala Luffy menyerang dengan menggunakan Gum-Gum Elephant Gun sehingga kaki lima retak dan pecah!
Di sebelahnya terdapat kereta yang diterbalikkan. Patung kreatif berukuran 10 meter lebar ( kira kira 10 kaki) telah berada di ruang pejalan kaki pusat beli belah Shibuya Parco sehingga penghujung bulan Mac.
Butang Dualshock 3 versi besar telah membolehkan pelawat mengaktifkan efek bunyi dan membuatkan karakter melancarkan serangan mereka.