Permainan mobil secara percuma adalah pilihan utama pemain serta pembangun? Kini permainan mobil telah menakluki sebahagian besar daipada pasaran permainan video? Menurut kajian Swrve, sebuah syarikat yang membantu para pembangun mengawasi potensi aplikasi keluaran mereka, kejayaan di skrin kecil tidak semudah bayangan kiya semua.
Menurut keputusan yang diperoleh oleh Swrve, dua daripada tiga pemain akan henti bermain permainan percuma yang dimuat turun ke telefon pintar atau tablet mereka dalam masa 24 jam. Ia juga menunjukkan bahawa kira-kira 20% pemain hanya sekali membuka permainan yang telah di muat turun sebelum mengabaikannya.
Dalam masa tiga bulan, hanya separuh pemain membuka permainan yang sama melebihi lima kali. Selain daripada itu, hanya 2.2% pemain baharu sanggup membeli kandungan dalam aplikasi pada tiga bulan pertama selepas muat turun permainan berkenaan.