Bahagian kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menambahkan masakan tradisional Jepun ke da;lam senarai bahagian warisan kebudayaan dunia, menjadikannya masakan kedua yang mendapat pengiktirafan sedemikian.
Pada 4 Disember, sebuah jawatankuasa UNESCO mengumumkan keputusan berkenaan dalam persidangan di Azerbaijan. Sebelum ini, hanya masakan Perancis diiktiraf sebagai warisam dunia.
Selain daripada itu, pihak UNESCO turut mengiktiraf beberapa makanan tertentu Mexico, Turki, serta tradisi berkongsi makanan dan makan bersama dari Mediterranean.
Dikenali sebagai Washoku (Makanan Jepun),. masakan tradisional Jepun amat mementingkan bahan mentah bermusim , rasa semula jadi , cara menghidangkan serta menikmatinya.
Kerajaan Jepun berharap agar pengiktirafan UNESCO dapat memperkenalkan Washoku secara global dan membantu mengekalkan di negara itu yang semakin "ditakluki" makanan segera dan masakan Barat.
09-12-2013