1. Rakaman untuk filem pertama Godzilla bermula dari bulan Ogos sehingga Oktober, di mana pada waktu ini Jepun mengalami musim panas yang sangat luar biasa! Haruo Nakajima, aktor yang berperanan sebgai Godzilla ada satu ketikanya pernah memasukkan alat termometer ke dalam kostum dan suhunya mencecah sehingga 60 darjah Celcisu! Panas yang tidak masuk akal!
2. Semasa filem pertama Godzilla menjalani pembikinan, Akira Kurosawa pada waktu yang sama sedang menjalani rakaman untuk filem The Seven Samurai di studio yang sama. Dia tidak mengatakan apa-apa tentang Godzilla , namun Haruo Nakajima pernah menyebut tentang Kurosawa yang sering bertanya tentang filem Godzilla dan selalu berbual dengan kakitangan produksi Godzilla.
3. Pada awalnya, akto Akira Takarada tidak faham makna nama "Godzilla" (atau gojira dalam bahasa Jepun) yang merupakan kombinasi dari perkataan "gorila" dan "kujira" (bermakna ikan paus dalam bahasa Jepun).
4. Ketika nTakarada tiba di set penggambaran dan memberitahu dia bakal membawa peranan utama di dalam filem ini, seorang juruteknik bernama Hideto Ogata telah berteriak memberitahu bahawa Godzilla adalah peranan utama dalam filem tersebut!
5. Prototaip kostum memiliki berat sehingga 100 kilogram! Untuk versi filem yang lain, berat kostum ini berjaya dikurangkan shingga 60 kilogram.
6. Menurut Takarada, para pelakon dan kakitangan produksi filem bersetuju Godzilla merupakan "makhluk suci" yang dihantar oleh dewa untuk mengingatkan manusia tentang bahayanya senjata nuklear dan peperangan. Nakajima mengatakan api yang dikeluarkan oleh Godzilla melambangkan bom nuklear, sementara Takarada turut menambah bahawa kaiju tersebut merupakan mangsa dari perang nuklear.
7. Walau dengan kostum yang lebih ringan, aktro Haruo Nakajima tidak dapat menggerakkan tangan kiri Godzilla. Akibatnya, hanya tangan kanan karakter tersebut yang digunakan untuk mengambil benda-benda di dalam filem.
8. Kaki Godzilla dibuat dengan mencontohi model but getah dari Pasar Ikan Tsukiji di Tokyo, Jepun!
9. Bagi menunjukkan Godzilla tidak kelihatan lemah, Haruo Nakajima tidak pernah menunjukkan bahagian bawah kaki karakter tersebut saat ia sedang berjalan.
10. Bahagian luar kostum Godzilla diperbuat daripada getah, namun bahagian dalamnya diperbuat dari besi, kertas, pakaian, buluh dan pelbagai jenis bahan yang digunakan oleh pakar efek khas pada masa tersebut yang dianggapnya sebgai berguna! Disebabkan buluh memiliki ciri-ciri yang tahan lasak dan fleksibel, ia merupakan bahan yang paling sesuai digunakan untuk membina kostum Godzilla.