Bercakap tentang anime, pasti ramai yang telah sedia maklum bahawa ia merupakan satu animasi yang sangat seronok untuk ditonton bersama. Mungkin ramai yang beranggapan bahawa anime hanya untuk kanak-kanak dan budak kecil sahaja. Tapi, lebih ramai remaja dan orang dewasa yang meminati anime lebih dari kanak-kanak. Bagi mereka yang arif dalam anime termasuk yang bersiri serta movie dan sebagainya. Antara yang terkenal ialah seperti anime Naruto, Bleach, One Piece, Doraemon, Shin Chan, Detektif Conan, Dragon Ball dan banyak lagi.
Mengikut kepada tahap anime, ia dapat diklasifikasikan kepada beberapa jenis yang mana sesuai untuk peringkat umur yang tertentu. Terdapat jenis yang lebih kepada keganasan. lucah, komedi, menarik, kelakar, masakan, peperangan, dan sebagainya. Tapi ia tak bermakna bahawa kanak-kanak tak boleh menonton anime dalam kehidupan mereka.
Antara anime yang paling digemari oleh kanak-kanak ialah anime Chibi Maruko Chan, Doraemon, Naruto, Shin Chan, dan juga Ninja Boy. Tapi, ini merupakan anime lama yang mana ia lebih kepada kehidupan seseorang manusia dalam menjalani aktiviti harian mereka. Kalau kita perhatikan, sekarang ini lebih ramai kanak-kanak yang boleh memuat turun anime dari internet dengan mudah. Ibu bapa patut mengawasi anime apa yang mereka sedang tonton itu. Anime yang dimuat turun merupakan yang asli dari karya mereka. Dan ia tidak menjalani sebarang penapisan sekiranya terdapat sebarang adegan yang tidak elok. Manakala siaran televisyen di Malaysia pula, sebarang anime yang mempunyai adegan yang kurang enak, babak tersebut akan dipotong dan ditutup bagi mengelak ianya dilihat.
Dunia sekarang merupakan dunia teknologi yang mudah untuk kanak-kanak menonton sebarang anime dan kartun tanpa batasan. Dengan adanya internet di rumah, mereka dapat muat turun dengan mudah. Anime yang menarik dan terdapat banyak pengajaran memang sesuai untuk ditonton. Tapi bagaimana pula sebaliknya.
Ada juga berpendapat bahawa anime dapat menyesatkan seseorang. Ini merupakan satu pendapat yang kurang bermotivasi kerana terdapat anime yang dapat membentuk seseorang menjadi lebih baik dan memberi pengajaran yang berguna. Bila kita perhatikan, terdapat anime yang menunjukkan sikap setia kawan, sikap tidak mudah berputus asa, kasih sayang terhadap binatang, rela berkorban harta dan nyawa, bekerja keras demi keluarga, dan berjimat cermat demi masa depan seseorang. Ini menunjukkan bahawa pengajaran itu wujud dalam sesebuah karya anime.
Walaubagaimana pun, jika anime yang mempunyai unsur-unsur yang boleh merosakkan jiwa manusia, maka itu adalah tidak elok untuk ditonton. Disebabkan anime juga, manusia mudah terpengaruh untuk melakuan perkara yang diluar jangkaan, tapi ia mungkin jarang berlaku. Tapi, dengan anime lah kita dapat hidup sampai sekarang!