Naruto memiliki sikap yang suka makan ramen di kedai kampung Konoha. Tapi kalau kita lihat dalam episod yang ditayangkan, orang yang mengusahakan kedai tersebut langsung tak berubah dari segi muka dan perwatakannya.
Apa yang nak diutamakan di sini ialah kenapa Naruto suka sangat makan ramen?
Mungkin ramen merupakan makanan yang sangat sedap untuk dimakan. Tapi sikap gemar Naruto melebihi orang lain. Tak sama seperti Sakura, dan juga Sasuke. Bila makan ramen dalam mangkuk yang besar, ia buatkan anda rasa gembira.
Selain tu, Naruto ada menyebut dengan makan ramen ni buatkan perutnya rasa bahagia dan ramen di kampung Daun itulah tempat yang paling sedap pernah dia makan.
Tahukah anda bahawa nama Naruto merupakan nama bagi makanan yang ada dalam mangkuk ramen tersebut?
Naruto merupakan sejenis makanan yang menjadi pelengkap dalam masakan ramen untuk menjadikan ia lebih sedap dan enak dimakan. Naruto yang berbentuk bulat dan nampak sedap, sangat sesuai dijadikan hiasan dalam ramen dan sudah semestinya ia boleh dimakan.
Tengok gambar di atas ni pun buatkan kita rasa meleleh air liur untuk merasakan ramen ini. Kalau di Jepun, inilah masakan antara yang terkenal dari budaya mereka. Kalau dalam Malaysia, susah untuk dicari, nak cari bahan-bahan masakan dia pun susah. Apa yang menarik, rasa naruto ini seperti adunan tepung yang lembut dan memang sesuai dengan sup yang dicampurkan bersamanya.
Warna dan bentuk yang menarik ini dapat menarik ramai pengunjung yang datang ke Jepun sambil melancong ke tempat-tempat yang menarik di sana. Rugilah bagi sesiapa yang tidak mencuba apabila pergi ke negara kelahiran anime tersebut. Ramen mungkin juga antara makanan yang terkenal di Jepun kerana selain dalam karya anime Naruto, anime lain juga seringkali menunjukkan saat makan bersama untuk menikmati ramen ini. Selain itu, drama dan cerita Jepun juga selalu memaparkan babak dimana mereka berbual sambil makan ramen. Ini menunjukkan bahawa mereka hidup dengan makanan tradisi mereka yang unik.
Bersembang dan berbual sambil mengunyah ramen dan menghirup supnya memang nampak sedap dan teringin untuk mencubanya juga. Jadi, jika anda ingin melancong ke negara matahari itu, jangan lupa untuk merasai ramen yang sangat sedap dan ketahuilah yang "Naruto" ada di sana juga!
Sesiapa yang pernah mencuba makanan tersebut, boleh lah kongsi dengan kami di ruangan komen di bawah ini. Mungkin akan lebih ramai yang nak pergi ke Jepun dengan masakan yang enak dan menarik ini.