Pada babak akhir episod One Piece yang bertajuk Sabo: Ikatan Tiga Beradik, satu pengumuman yang istimewa telah dibuat pada Sabtu lalu iaitu One Piece akan mulakan filem terbaru pada tahun 2016 ketika musim panas nanti.
Crunchycroll dan FUNimarion juga telah membuat satu halaman khas bagi mereka yang berada di luar negara Jepun. Bagi syarikat FUNimation, mereka akan menyiarkan di Amerika Syarikat bermula pada Ahad, jam 2 petang.
Manakala laman sesawang Ctunhcyroll akan membuat satu siaran istimewa di Amerika Syarikat, Kanada, Afrika Selatan, Australia, New Zealand, dan Amerika Latin. Tapi, mereka masih lagi belum memberitahu sebarang masa yang ditentukan bagi penyiaran tersebut.
Lawatan semula yang istimewa ini merupakan zaman lampau ketika Luffy, Ace, dan Sabo masih kecil. Pada masa itu juga lah mereka berangan-angan untuk menjadi lanun. Tambahan pula, ini akan menggambarkan bahawa Sabo pada mulanya pergi ke bandar Dressrosa untuk bertemu dengan Luffy,
Bagi filem keluaran yang terkini iaitu yang bertajuk One Piece: Kisah Z yang ditayangkan di Jepun pada Disember 2012, syarikat FUNimation telah menyiarkan di Amerika Utara pada bulan September tahun 2014.
Filem One Piece ini ditayang setiap tahun sejak dari tahun 2000 hingga 2009. Selepas tahun berikutnya, selain dari filem Kisah Z, Fuji TV telah menyiarkan kisah yang istimewa dan panjang, sepertimana kisah Luffy bersama Pulau Tangan dan juga kisah Nami, serta kisah Merry.
Sudah pastinya filem ini akan menjadi satu penantian bagi peminat filem One Piece. Kalau dilihat dari segi peminat dan bilangan penonton pada setiap minggu, One Piece merupakan satu karya anime yang sangat berjaya dan terkenal. Secara tak langsung, ramai dari kalangan kita yang muat turun secara percuma dari internet untuk menonton anime ini setiap minggu. Bukan setakat di Jepun sahaja, anime ini dapat dimuat turun dari seluruh negara kerana ramai orang yang memuat naik ke lawam sesawang mereka sendiri.
Apa yang menariknya, ramai juga yang membuat sarikata terutama dalam bahasa Inggeris untuk menarik ramai pelawat mengunjung ke lawan sesawang mereka. Ini menunjukkan bahawa kisah One Piece ini satu gelombang besar dalam karya anime. Semestinya filem ini akan jadi lebih menarik lagi selepas ianya ditayangkan di seluruh dunia nanti. Sama-sama kita nantikan keluarannya!