Dorayaki ialah kek atau kuih yang berasal dari Jepun. Dorayaki merupakan makanan tradisi Jepun (wagashi) yang berbentuk bulat, dan mengandungi inti kacang merah diantara dua balutan keping bersamanya. Dorayaki memiliki tekstur yang lembut dan sama dengan makanan Jepun yang dipanggil Kastela kerana intinya mengandungi madu.
Di Indonesia, makanan ini diperkenalkan bersama anime yang terkenal iaitu Doraemon. Watak Doraemon yang mana gemar makan kuih Dorayaki. Dorayaki dijual di kedai kek di Indonesia dan telah direka cipta dengan rasa tempatan seperti rasa campuran coklat dan keju. Dorayaki juga dikenali di Indonesia sebagai Obanyaki.
Di Jepun, lebih dikenali dengan Obanyaki Imagawayaki. Walaupun Obanyaki memiliki bentuk yang sama dengan Dorayaki, tapi Obanyaki lebih tebal berbanding Dorayaki. Obanyaki juga dipanggan atau dibakar di hadapan pelanggan manakala Dorayaki dibakar dahulu dan dijual dalam bekas yang telah ditutup kemas.
Asal-usul:
Pada mulanya, Dorayaki mengandungi satu keping pastri sahaja dan dilipat menjadi segi empat. Dan di dalamnya diletakkan mentega kacang dipanggil azuki.
Pada 1914, kuih Dorayaki diselaputi dengan dua keping pastri Usagiya yang telah diperkenalkan oleh syarikat yang menggunakan adunan Kastela. Dorayaki yang mengandungi dua keping bulatan ini menjadi semakin terkenal di seluruh Jepun.
Menurut cerita orang dulu-dulu, kuih ini dinamakan sedemikian kerana bentuknya yang sama dengan Dora (Gong/Dram). Dan menurut kisah lainnya, seorang pahlawan bernama Saito Benkei merupakan pencipta Dorayaki Musashibo. Benkei sengsara kerana kecederaannya dan dirawat di rumahnya. Selepas dia sembuh, Benkei membakar adunan tepung dan air ke dalam gong. Dan hasilnya ia membentuk kuih yang bulat dengan mentega kacang di dalamnya dan diberikan kepada mereka yang merawatnya.
Terdapat banyak lagi sejarah mengenai asal usul Dorayaki ini yang mana ianya sangat sukar untuk mengesahkan kesahihannya. Ini saja apa yang penulis dapat kongsikan kepada pembaca.