Satu temu bual telah diadakan, yang mana Kishimoto Musashi telah ditanya tentang soalan yang sama seperti: Kenapa Kakashi selalu memakai topeng atau penutup muka? Dia membalas bahawa Kakashi merupakan seorang ninja yang berwatak dengan perwatakan yang misteri, jadi sebab itulah Kakashi dilukis dengan memakai topeng setiap masa. Tapi dia tak jadikan watak lain seperti itu kerana disebabkan kesukaran untuk mendapatkan cetusan idea yang menarik tanpa mendedahkan muka secara keseluruhannya.
Mungkin juga ia ada kaitan dengan organisasi ANBU, sebab Kakashi pernah sertai ANBU, dan semua ahli mereka memakai topeng.
Atau mungkin ada kaitan juga hubungannya dengan ayahnya. Menghiraukan misi penting untuk selamatkan rakannya, yang mana dianggap sangat teruk dan merendahkan maruah kampung mereka. Jadi, mungkin disebabkan malu, Kakashi memakai topeng. Tapi, ini hanyalah pandangan yang lemah, kerana Kakashi seorang yang kuat semangat, dan dia masih memakai topeng tersebut sehingga kini.
Apabila Kumpulan 7 tiba selepas kejadian Gaara diculik, Nenek Chiyo dengan pantas menyerang Kakashi dengan tak sengaja atas alasan bahawa ayahnya: Taring Putih Konoha, telah membunuh ibu bapa Sasori. Jadi, sebab itulah Kakashi sentiasa memakai topeng disebabkan dia kelihatan sangat mirip dengan ayahnya.