19-10-2014
Kemuncak Gunung Fuji dikesan di sekeping gambar yang diambil di Kyoto, menjadikannya salah satu daripada 20 wilayah yang dapat melihat kemuncak gunung tersebut sekiranya keadaan cuaca mengizinkan.
Menurut Dr. Tashiro Hiroshi, seorang ahli geografi dan pensyarah di Universiti Meiji Gakuin, Kyoto tidak mempunyai sebarang rekod tentang gambar puncak Gunung Fuji pernah diambil. "Saya tak pernah membayangkan puncak Gunung Fuji dapat diambil dengan gambar dari Wilayah Kyoto kerana jarak lurus di antara dua tempat ini adalah kira-kira 272 kilometer," kata Tashiro. "Ini adalah kali pertama dan ia memang sukar dipercayai".
Pada jam 5.20 pagi 21 September, Shinbayashu Shoshin, seorang sami Buddha berumur 45 tahun telah mengambil gambar tersebut di kawasan Sakyo, Wilayah Kyoto yang terletak kira-kira 260 kilometer dari Gunug Fuji. Menurutnya, lokasi mengambil gambar adalah sebuah kawasan hutan. Setelah menjalankan analisis ke atas gambar tersebut, Tashiro mendapati ia menunjukkan 36 meter teratas puncak Gunung Fuji.
Sebelum ini, gambar puncak Gunung Fuji telah diambil dari 19 buah wilayah Jepun termasuklah Wilayah Fukushima yang terletak paling utara di antara 19 wilayah tersebut. Dan juga Wilayah Wakayama yang mencatat rekod jarak paling jauh iaitu 322 kilometer dari gunung tersebut.