Awal tahun ini, Honda telah dedahkan rancangan untuk NM4 Vultus semasa di 30th Osaka Motorcycle Show (Pertunjukan Motor Osaka ke-30). Dengan bahagian luar yang menarik dan sudut yang agak tajam, motor ini kelihatan seperti filem sains fiksyen. Malahan, Honda mendakwa rekaan ini menerima pengaruh daripada "mesin masa depan yang terdapat dari siri anime dan manga".
Dari bahagian hadapan, ia mirip seperti perisai. Tetapi Honda bukan saja satu-satunya perusahaan yang terima pengaruh sains fiksyen. Baru-baru ini, peminat Jepun teruja dengan motor Kawasaki, Ninja H2R di mana ia dikatakan mirip Gundam!
Cubalah lihat sendiri dan selain daripada Gundam, peminat berikan banyak cadangan tentang rupanya yang dikatakan mirip Darth Vader, Shredder (TMNT), malahan Guyver!