Seorang budak berumur 15 tahun dari Belgium telah membelanjakan kira-kira 37 000 pound (Rm152 170) dalam permainan percuma iOS, Game of War:Fire Age. Menurut laporan akhbar Belgium, Het Nieuwsblad, budak tersebut "secara tidak sengaja" membelanjakan dengan menggunakan kad kredit ibunya. Namun laporan tersebut tidak menyatakan bagaimana pihak bank membenarkan transaksi tanpa mendapatkan kebenaran dan pengesahan daripada pemegang kad kredit.
Game of War :Fire Age adalah sebuah permainan strategi yang mencapai tempat ketiga dalam carta App Store UK. Permainan dalam talian percuma telah menimbulkan banyak kontoversi sejak beberapa tahun lalu disebabkan mikrotransaksi di dalamnya.
Walaupun dikatakan sebagai "percuma" tetapi pemain tetap perlu membayar untuk mendapatkan lebih banyak item, markah, tahap dan sebagainya untuk melanjutkan permaian berkenaan. Sesetengah pihak pula berpendapat bahawa cara sedemikian dapat meningkatkan kegemaran pemain terhadap sesebuah permainan dan membantu syarikat pembangun untuk mencapai perkembangan positif malah kejayaan besar seperti Zynga (FarmVille) dan King (Candy Crush).