|
Abe Shinzo |
|
Hayao Miyazaki |
30-3-2015
Menurut soal selidik Institut Penyelidikan Akhbar Jepun, Maharaja Hirohito pada Era Showa adalah orang Jepun paling terkenal di Barat; manakala perdana menteri kini, Shinzo Abe paling dikenali ramai di Asia.
Soal selidik tersebut diadakan tiga bulan lalu pada Januari, dengan melibatkan enam buah negara serta kira-kira 1000 rakyat dari setiap negara mengambil bahagian. Mereka hanya perlu menjawab satu soalan iaitu siapakah orang Jepun yang dikenali oleh mereka.
|
Maharaja Hirohito |
|
Ito Hirobumi |
Enam buah negara tersebut ialah Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, China, Korea Selatan, dan Thailand. Keputusan yang diperolehi amat berbeza di antara dunia Timur dan Barat. Di ketiga-tiga negara Barat tersebut, Maharaja Showa menduduki tempat pertama sebagai orang Jepun yang paling terkenal. Di Amerika, tempat kedua ialah pemain besbol U.S Major Leagu, Suzuki Ichiro. Di UK, tempat kedua ialah Ono Yoko, artis dan isteri John Lennon. Di Perancis pula, tokoh anime Miyazaki Hayao.
|
Yamaguchi Momoe |
|
Suzuki Ichiro |
Abe menduduki tempat ketiga di UK dan Perancis tetapi tiada responden Amerika menyebut tentangnya. Yasuda Tatsuo, ketua editor institu tersebut berkata, " Keputusan sedemikian menunjukkan bahawa perdana menteri Jepun tak dikenali ramai di AS".
Sebagai perbandingan, Abe adalah orang Jepun yang paling dikenali ramai di ketiga-tiga negara Asia. Di China, tempat kedua ialah penyanyi lagenda Yamaguchi Momoe. Di Korea Selatan, Ito Hirobumi iaitu perdana menteri Jepun pertama. Di Thailand pula, aktres Aoi Sora.
|
Aoi Sora |
|
Ono Yoko |
Apa yang menarik ialah Maharaja Hirohito tidak berada di dalam senarai 10 teratas di China dan Korea Selatan. Hasegawa Kasuaki, ketua insitut tersebut turut merasa terkejut dengan keputusan sedemikian. Ini adalah kerana persepsi sejarah merupakan isu penting di antara Jepun dengan dua negara jirannya itu.