Detective Conan: Sunflower of Inferno adalah filem anime yang diarahkan oleh Kobu Shizuno dan diadaptasi dari siri manga/anime Detective Conan oleh Gosho Aoyama. Filem ini ditayangkan bermula 18 April 2015 lalu. Skrip untuk filem ini dihasilkan oleh Takeharu Sakuri dan gubahan muzik oleh Katsuo Ono.
PLOT:
Beberapa karya lukisan terkenal di dunia tertentu bersedia untuk dilelong di sebuah rumah lelongan di New York yang sering dikunjugni oleh golongan kaya. Salah satu karya seni tersebut adalah lukisan "Sunflower" (Bungan Matahari) oleh Van Gogh, sebuah karya yang telah dianggap telah dimusnahkan di Jepun.
Suzuki Jirokichi melawan semua permbida dengan meletakkan harga lelongan sebanyak 300 Juta Dollar untuk membelinya, kerana dia dikatakan bercadang untuk mengumpul kesemua tujuh lukisan Sunflower yang bertaburan di seluruh dunia. Dia juga akan mengadakan pameran yang paling besar di muzium Jepun Lake Rock, yang menawarkan kawalan keselamatan yang tinggi,
Dia umumkan tentang perkara tersebut melalui saluran berita yang turut ditonton oleh Conan dan Ran, Dia telah mengumpulkan tujuh pakar dikenali sebagai "Seven Samurai" untuk melindungi lukisan Sunflower, tetapi ketika mereka berkira-kira untuk hadir, Kaitou Kid telah tiba-tiba muncul!
Kid mengisytiharkan perang dan menyatakan bahawa dia akan mencuri lukisan itu tidak kira apa yang berlaku sebelum melenyapkan diri. Mengapa Kid muncul untuk membuat kenyataan tersebut apabila dia biasanya hanya memburu Big Jewels?
Dalam keadaan panik, seorang detektif remaja sekolah tinggi iaitu Shinichi Kudou telah muncul apabila terdengar tentang kemunculan Kid. Kemudian, White Shadow melancarkan serangan udara pada pesawat penumpang yang membawa lukisan Sunflower ke Jepun dan tirai misteri mula terbuka yang menggabungkan kebenaran dan penipuan ke atas harta karun yang tiada tandingannya ini...
TAHUKAH ANDA???
Karya lukisan Sunflower yang digunakan dalam filem ini adalah karya yangsebenar oleh pelukis Vincent van Gogh (31 Mac 1853-29 Julai 1890) yang merupakan pelukis pasca-impresionis Belanda dan salah satu pelukis terkenal dalam sejarah seni Eropah. Van Gogh melukis Sunflower pada tahun 1888 dan lima dari siri lukisannya itu bertahan hingga saat ini. Salah satunya milik Galeri Nasional di London, manakala satu lagi dipinjam dari muzium di Amsterdam. Tiga buah lagi berada di Tokyo, Muenchen dan di Philadel-phia, Amerika Syarikat.
Harga salah satu lukisan ini dikatakan mencapai 100 Juta pound europe. Pada 31 Mac 1987, walaupun tidak mempunyai minat pada karya seni, hartawan syarikat insurans Jepun, Yasuo Goto telah membayar 39 921 750 dollar untuk salah satu dari lukisan Sunflower iaitu Still Life: Vase with Fifteen Sunflower semasa majlis lelongan Christie di London.
Harganya empat kali ganda lebih tinggi dari rekod terdahulu yang dicatatkan untuk karya oleh Andrea Mantegna iaitu Adoration of the Magi pada 1985. Namun, rekod ini dipecahkan beberapa bulan kemudian untuk karya lain Van Gogh iaitu Irises yang berjaya dilelong pada harga 53.9 juta dollar Amerika di Sotheby, New York pada 11 November 1987.