Ansatsu Kyoshitsu merupakan karya yang sudah popular. Manganya pula sejak kemunculan sulung mendapat sambutan yang hangat. Manga ini menduduki di tempat ke-10 tebaik jualan manga 2014, satu siri karya yang sangat jarang untuk mencapai apa-apa kejayaan tanpa anime untuk meningkatkan jualannya. Pendek kata, popularitinya telah berada di paras atas.
Namun apa yang membuatkannya jadi begitu istimewa? Jika anda pernah imaginasi untuk hapuskan cikgu, anda pasti akan sukakannya.
Ansatsu Kyoshitsu (Assassination Classroom) atau dalam bahasa melayu ialah Pembunuhan Bilik Darjah merupakan siri manga Jepun ditulis dan diilustrasikan oleh Matsui Yusei. Siri ini mula disiarkan secara bersiri di majalah Weekly Shonen Jump, Shueisha dari Julai 2012. Sehingga Disember 2014, 12 jilid tankobon telah diterbitkan di Jepun sebanyak 10 juta salinan.
Adaptasi siri anime televisyen oleh Lerche dan diarahkan oleh Kishi Seiji. Lakon layar oleh Uezu Makoto dan penggubah lagu ialah Sato Naoki. Lagu pembukaan yang bertajuk "Seishun Satsubatsuron" (Youth Savage Theory) dinyanyikan oleh 3-nen E-Gumi Utatan manakala lagu penutup pula "Hello, shooting-star" dinyanyikan oleh Moumoon.
PLOT :
Sebuah cerita yang lucu di mana satu kelas kena membunuh cikgu mereka sendiri iaitu makhluk asing sotong kurita yang mempunyai kebolehan istimewa di mana telah menghancurkan bulan dan berniat untuk melakukan perkara yang sama pada Bumi. Mereka kena membunuh cikgu mereka sebelum bumi hancur.
Tugas mereka adalah membunuh cikgu mereka tapi apa yang membuatkan keadaan semakin rumit adakah mereka mula menyukai cikgu mereka. Adakah mereka berjaya membunuh cikgu mereka atau perkara yang sebaliknya yang terjadi?
Tonton Sarikata Melayu di
http://tapawsub.animemalay.net/category/anime-list/ansatsu-kyoushitsu-tv/page/2/
Kelas 3-E
Kelas 3-E Kunugigaoka adalah kelas pelajar-pelajar bermasalah yang mendapat diskriminasi dari pelajar-pelajar kelas lain. Para pelajar ini ditugaskan oleh pemerintah untuk membunuh cikgu kelas mereka, Korosensei dengan ganjaran hadiah 10 juta Yen!
Watak: Korosensei
Sedikit penerangan tentang watak Korosensei (Seiyu Fukuyama Jun).
Korosensei adalah protagonis utama dari sini ini. Dia adalah cikgu kelas 3-E sekolah Kunugigaoka, yang merupakan makhluk aneh berupa sotong kurita dengan kecepatan Mach 20 yang telah menghancurkan sebahagian besar dari bulan dan membuatnya berbentuk sabit untuk selamanya. Walaupun dia memliki pelbagai kekuatan hebat yang menakutkan, namun dia juga memiliki sifat-sifat dan kelemahan yang sangat aneh bahkan memalukan, seperti mudah mabuk perjalanan dan terlalu khuatirkan dengan soal penampilan.