Orang panggil "Klise" dalam manga dan anime.
Klise adalah ekspresi, idea atau elemen yang terlalu banyak digunakan sehingga makna atau kesan asalnya mula pudar, bahkan sehingga kedengaran amat menjengkelkan, apatah lagi ketika elemen tersebut pada awalnya dianggap bermakna atau baru.
Kali ini kami akan menyenaraikan klise yang seringkali dilihat muncul dalam manga/anime yang pada mulanya kelihatan menyegarkan, tetapi kini semakin menjengkelkan! Atau, mungkin klise ini membuatkan peminat terus setia pada manga/anime tersebut. Terpulanglah pada anda untuk menilainya!
1. Apabila berada dalam keadaan membuai, perasaan, pandangan akan tertumpu pada helaian bulu burung atau daun-daun yang sedang jatuh berguguran! Ia memang sangat menenangkan fikiran tapi juga sangat klise!
2. Sering duduk bersebelahan tingkap di dalam kelas, terutama sekali bagi watak protagonis yang memberontak, pelajar pertukaran yang misteri atau watak diminati secara diam-diam.
3. Sebelum bertarung untuk menentukan nasib dunia, watak utama sering bertindak secara berlebihan pada penghinaan yang kecil.
4. Tersenyum dan bercakap dengan mata tertutup. Adakah ini benar-benar wujud di dunia nyata sedangkan ia amat menjengkelkan?
5. Setiap kali watak sedang mengambil nafas, mereka cenderung untuk keluarkan bunyi seperti "Uh", "eh", "Hm". Kadang kala bunyinya terlalu panjang!
6. Pipi kemerahan menahan malu! Adegan ini benar-benar menjengkelkan kerana ia terlalu banyak digunakan!
7. Terlalu banyak membebel, sama ada sebelum, semasa dan selepas bertarung! Malah, mereka sempat imbas kembali kenangan lalu sebelum bertarung! Misalnya ketika Frieza menentang Son Goku dalam siri Dragon Ball atau ketika Naruto menentang Sasuke. Tidak bolehkah mereka bertarung dengan aman tanpa perlu menjelaskan semua perkara?
8. Seringkali menyaksikan pemandangan atau berlari ke arah matahari yang terbenam apabila rasa begitu optimis, atau di bawah langit yang membiru, dan pada masa yang sama ada seseorang sedang nyanyikan lagu bertemakan persahabatan kukuh!
9. Peluh yang besar akan muncul di dahi apabila wataknya keliru atau terkejut. Peluh betul-betul besar!
10. Watak akan bertukar menjadi versi Chibi (watak comel dan kecil) apabila kebingungan,
11. Watak utama sering mempunyai nafsu makan yang besar dan adab makan yang sangat teruk!
12. Semua dapat kenal watak psikopat kerana dia akan memakai cermin mata dan sering kali membetulkan kedudukan cermin matanya!
13. Hidung akan berdarah bila rasa teruja! Jangan terasa tetapi ada sesiapa yang alami perkara sebegini di dunia sebenar?
14. Bilik di mana sampah dibuang merata-rata dan ia penuh dengan tin minuman! Selalunya, bilik kotor ini dimiliki oleh watak yang "genius".
15. Makan roti sambil berlari ke sekolah kerana dah terlewat!