"Dattebayo" bukanlah bahasa Jepun yang sebenarnya, tetapi anda boleh fikir sendiri macam mana Naruto gunakan frasa bahasa itu selepas percakapan yang terakhir. Ia nya nampak kurang ajar, seperti kebudak-budakan dan secara umumnya ia ialah gabungan beberapa penekanan dalam ayat penyata yang langsung tak bawa apa-apa makna.
Apabila orang Jepun bercakap, mereka akan suka guna perkataan bunyi kecil yang dihujung seperti 'da' 'te' 'be' dan 'yo'. Ia hanya seakan-akan bahasa budaya mereka sahaja seperti kita di Malaysia yang ada loghat negeri tersendiri.
Pertama sekali, 'da' ialah kata akhir pada ayat seseorang di Jepun. Ianya bergantung kepada susunan ayat yang digunakan. Ia boleh dikatakan mempunyai unsur bunyi yang kurang ajar dalam percakapan. Dan bagi perkataan yang lebih baik ialah dengan menggunakan perkataan 'desu'.
Seterusnya, tteba ialah satu tambahan pada penekanan ayat percakapan. Ia ialah singkatan bagi tteieba yang mana nampak lebih kurang sama sahaja, iaitu kurang ajar dan kurang sopan terhadap orang yang sedang berbual. Dengan kata lain, ia dapat diterjemahkan sebagai 'Saya sedang bercakap dengan kamu ni!' atau 'Dengar ni!'. Anda mungkin boleh gunakan frasa ini untuk menarik perhatian mereka untuk mendengar kata-kata anda. Dan mungkin kurang kasar kalau anda gunakan 'ttara' tetapi frasa ini kebiasaannya digunakan oleh perempuan.
Naruto tambah 'da' pada mula ayat tersebut, Datteba ialah seperti anda jarang sekali dapat didengari telinga anda. Dan bagi penulis, ia seperti lebih kepada kecewa berbanding penegasan, tapi kedua-duanya boleh sahaja digunakan.
Akhir sekali, 'yo' pada frasa tersebut. Ia boleh disertakan pada akhir ayat apabila orang yang bercakap itu sangat mahu memberitahu kepada orang lain sesuatu perkara. Ia mungkin dapat dimaksudkan dengan 'kamu tengok...' atau 'kamu tahu...'. Ianya nampak lebih kurang biadap tapi masih boleh digunakan.
Apabila digabungkan kesemuanya, dattebayo, ianya langsung tak membawa apa-apa makna dan salah dari segi tatabahasa, kerana terlalu banyak meletakkan ayat penekanan pada percakapan itu. Sama juga seperti bahasa melayu contoh ayat 'Sayalah ninja yang sangat paling terhebat di dunia' dalam erti kata mudahnya macam ni lah ayatnya, hehe. Bukannya maksud seperti ini, tapi seakan-akan sama cara pada pendengaran orang Jepun dari segi frasa mereka.
Ia tidak boleh diterjemah dengan mudah ke dalam bahasa melayu, tetapi Naruto menggunakan ayat itu hanya untuk diri dia sahaja. Dan boleh dikatakan maksud Dattebayo adalah lebih kurang seperti "Kan saya dah kata!" atau "Percayalah" atau juga "Kamu tahu!" untuk menunjukkan keghairahan tapi lebih kepada kurang ajar terhadap orang dihadapan mereka.
Sambil tu jom dengar koleksi lagu Naruto Shippuden!Hehe
Jangan lupa SHARE ye kekawan!