Seperti yang kita sedia maklum Jiraiyai iaitu guru kepada Naruto dan Nagato telah mati semasa misi untuk mengetahui siapakah dalang disebalik kumpulan Akatsuki. Dia telah dibunuh oleh anak muridnya sendiri sebelum sempat dia memberitahu katak yang bersamanya rahsia sebenar Pain. Kematian Jiraiya memang menyayatkan hati semua peminat anime Naruto serta sukar untuk diterima oleh Naruto bahawa guru kesayangannya telah mati menuju ke alam abadi.
Namun beberapa persoalan telah timbul apabila mendapat tahu bahawa Nagato mempunyai kebolehan untuk menghidupkan semula orang yang telah dibunuhnya semasa peristiwa pencerobohan Pain dalam Konoha. Pain aka Nagato telah menghidupkan kembali orang-orang yang telah dibunuhnya termasuklah Kakashi selepas diceramah oleh Naruto. Pandai juga Naruto ni bagi ceramah ye sampai lembut hati Nagato :).
Dengan kebolehan yang dimiliki oleh Nagato itu ramai yang tertanya-tanya mengapakah dia tidak menghidupkan kembali Jiraiya yang telah dibunuhnya tidak lama dulu. Pelik jugak kan. Takut kena marah dengan Jiraiya kot hahaha. Hasil daripada sedikit pembacaan di internet, sebab kenapa Nagato tidak dapat menghidupkan kembali Jiraiya adalah kerana Jiraiya telah mati dalam tempoh yang lama berbanding penduduk konoha yang mati pada hari itu juga. Kebolehan Nagato ini hanya boleh digunakan kepada mereka yang baru sahaja mati dibunuhnya. Namun hasil daripada penggunaan jutsu ini nyawa penggunanya akan dijadikan galang gantinya. Begitu juga halnya terhadap Yahiko yang mati di tangan Nagato. Dia tidak dapat dihidupkan semula kerana telah mati dalam tempoh masa yang agak lama.
Kesimpulan ini boleh sahaja tidak betul. Jadi sesiapa yang ada pandangan boleh la komen dan berikan pendapat anda.