TOKYO
Filem terbaru Doraemon yang akan ditayangkan pada Mac 2016 merupakan filem yang ke-36. Filem ini merupakan pembaharuan semula atau dikenali sebagai
remake dari filem yang telah ditayangkan sebelum ini pada 1989 dan diberi tajuk yang sama iaitu
Doraemon: Nobita no Nihon Tanjō atau dalam bahasa melayu nya ialah Doraemon: Nobita dan Kelahiran Jepun.
Filem ini menceritakan tentang Nobita yang ingin melarikan diri kerana selalu dimarahi oleh emaknya dan juga cikgunya di sekolah. Selain itu, Gian, Shizuka, dan Suneo juga mempunyai keinginan yang sama dan memberi alasan yang tersendiri untuk melarikan diri dari rumah, Dengan alat Doraemon, mereka telah mengembara dengan melalui mesin masa pada 70 000 tahun yang lampau.
Walaupun ia hanya pembaharuan semula dari filem yang telah ditayangkan dengan jalan cerita yang hampir sama, namun keseronokan menonton filem Doraemon ini tidak pernah hilang. Kisah yang penuh pengajaran dan dapat mengisi masa bersama keluarga adalah lebih baik berbanding menonton anime lain. Filem kali ini juga adalah lebih baik dari segi kualiti berbanding filem terdahulu, dan apa yang penting ia tetap menarik!
Pada filem yang terdahulu iaitu pada 1989, syarikat telah berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan dan mencipta sejarah tersendiri iaitu sebanyak 4.2 juta tiket terjual. Ia merupakan satu ganjaran hasil penat lelah mereka yang bekerja dalam industri ini.
Pada pendapat anda, adakah filem yang dibaharukan semula ini menarik atau sebaliknya? Sila tinggalkan komen anda dibawah.