Filler dalam bahasa melayu ialah sebagai 'Pengisi'. Ia dianggap sebagai tambahan dalam anime yang mana tidak ada dalam jalan cerita dari manga. Kadang-kala terdapat tambahan dan juga kelainan dari manga.
Tujuan kenapa episod filler Naruto ini dibuat kerana untuk tidak menjadikan jarak antara manga dan anime tidak terlalu ketara, Demi menjaga jarak antara manga dan anime, sebab itulah seniman manga atau dikenali sebagai 'mangaka' berpeluang untuk membuat jalan cerita manga sebelum diadaptasinya kepada siri anime. Selain itu, ia dapat menghindari daripada cerita siri anime mendahului jalan cerita manga.
Sudah pastinya ramai yang tidak suka episod filler ini kerana dianggap sangat bosan dan sia-sia. Tapi ia bergantung kepada seseorang untuk menilainya. Dari segi positifnya, kebaikan episod filler ini ialah menjadikan siri anime itu lambat untuk ditamatkan dan sudah tentu akan ramai lagi watak dari anime yang akan keluar tak sama seperti manga.
Antaranya dari anime Naruto seperti Sora, Guren, Mina, Master Chen, Yota dan lain-lain. Mereka hanyalah watak atau karakter yang muncul dalam episod tambahan sahaja.
Terdapat juga episod filler ini kerana ia menceritakan kisah seseorang dengan lebih mendalam lagi seperti mana kisah Kakashi sebagai ANBU dan juga pertemuannya dengan Yamato. Juga tenttang Itachi di sebalik kisahnya yang sebenar,
Tapi sebaliknya, tahukah anda yang selain episod filler ini ia panggil episod canon. Episod Cannon merupakan jalan cerita sebenar dalam sesebuah anime. Bermakna ianya sama antara manga dan juga siri anime yang ditayangkan.
Sekian saja, mohon SHARE website ini kepada kawan-kawan anda!