09-09-2014
Kerja pembinaan laluan kereta api maglev (pengapungan magnetik) di antara Tokyo dan Nagoya yang melibatkan pelaburan modal sebanyak 5.4 trilion Yen (RM 165 bilion) akan bermula pada bulan ini.
Kereta api Maglev Central Shinkansen mampu bergerak dengan kelajuan melebihi 500 km/j (kelajuan maksimun 505 km/j), melalui tujuh matropolitan dan wilayah termasuk Tokyo, Kanagawa, Yamanashi, Shizuoka, Nagano, Gifu dan Aichi.
Kepanjangan keseluruhan laluan ini adalah 286 kilometer di mana kira-kira 86% perjalanan merupakan terowong. Kerja pembinaan dan pengujian dijangka selesai pada tahun 2027. Sebagai perbandingan, kelajuan maksimun kereta api peluru Shinkansen ialah 320 km/j.