Apa yang kita tengok pada Dragon Ball Z, di saat dimana penghujung siri ini meunujukkan bahawa Gohan menjadi seorang Saiya yang kuat melepasi Vegeta sendiri. Tetapi, apakah alasan yang kebanyakan peminat Dragon Ball sendiri yang mengatakan bahawa Gohan seakan-akan semakin lemah. Adakah ia benar atau tidak? Apakah yang dah berlaku padanya selepas siri Dragon Ball Z?
Secara jelasnya apa yang boleh kita buat kesimpulan ialah Gohan tidak lagi berlatih secara bersungguh-sungguh dan tidak ada sesiapa yang memaksanya berbuat sedemikian. Bila difikirkan balik, Goku dan Vegeta menjadi semakin kuat kerana mereka berdua saling bersaing, sedangkan Gohan hanya goyang kaki sahaja.
Tapi, apa yang buatkan dia kuat sehingga dapat kalahkan Cell? Itu kerana dia ada matlamat yang jelas dan ingin melindungi seseorang yang penting dalam hidup. Sudah tentu dia mampu untuk mengeluarkan kuasa yang tersimpan dalam dirinya.
Tapi malang, selepas musuhnya tewas, Gohan tidak lagi berlatih dan mula tidak mencari pesaing untuk jadi lebih kuat.