07-12-2015
Para pekerja pangangkutan kereta api di Jepun telah mereka satu cara yang kreatif dan berkesan demi melindungi kura-kura yang berani melintas landasan tetapi mati digilis kereta api. Di Wilayah Nara, haiwan reptilia yang bergerak perlahan ini bertangggungjawab kepada 13 kejadian gangguan perkhidmatan pengangkutan kereta api dari tahun 2002 hingga 2014.
Menurut pihak West Japan Railways, kebanyakan gangguan berpunca dari kura-kura termasuk dan tersumbat di dalam ruang suis landasan, kemudian terpenyek dalam keadaan yang sangat mengerikan.
Kini, syarikat tersebut bekerjasama dengan akuarium Suma Aqualife di Kobe untuk menghasilkan satu penyelesaian iaitu membina parit-parit kecil di bawah landasan di mana ia membolehkan kura-kura melintas tanpa berdepan dengan ancaman maut.
"Kawasan ini ada banyak kura-kura dan ianya bagaikan aktiviti harian mereka bergerak dari lokasi A ke lokasi B," kata seorang jurucakap syarikat perkhidmatan kereta api.
"Masalah kura-kura menyebabkan gangguan ke atas jadual perkhidmatan kereta api mesti diselesaikan, maka kami mendapatkan nasihat dan bantuan daripada pakar kura-kura,"