Siri manga terbaru berjudul Boruto yang menampilkan watak utama barunya iaitu anak lelaki Naruto dan Hinata bernama Boruto Uzumaki akan mula disiarkan pada musim bunga tahun ini di Weekly Shonen Jump yang diterbitkan oleh Shueisha.
Namun, manga baru ini bukan dibuat oleh pencipta asal manga Naruto, Masashi Kishimoto, tetapi salah seorang pembantunya iaitu Mikio Ikemoto yang akan menghasilkan ilustrasinya. Jalan cerita bakal ditulis oleh Ukyo Kodachi, seorang pereka permainan video dan novelis berusia 36 tahun yang dikenali untuk siri A's Magic Square dan adaptasi novel Macross Frontier serta Mobile Suit Gundam AGE.
Walaupun begitu, Kishimoto tetao akan mengawasi siri baru ini dan pada musim bunga tahun ini juga, dia bakal menghasilkan cerita spin-off pendek Boruto di majalah tersebut.