Secara rasminya kisah Boruto Uzumaki akan mula diterbit dan dicetak pada 9 Mei akan datang di Weekly Shonen Jump. Shueisa telah mengumumkannya perkara berikut secara hebahan dan rasmi.
Kemunculan watak ini untuk kali pertama dalam Naruto Gaiden: Si Hokage Ke-7, yang mana merupakan sebuah cerita pendek karya Masashi Kishimoto yang diterbit tahun lepas. Namun untuk siri kali ini manga Boruto tidak akan dibuat olehnya sendiri secara langsung.
Mikio Ikemoto yang merupakan pembantu Kishimoto dipercayai dalam karya manga ini, dan Ukyo Kodachi akan menggarap naskahnya. Turut dipastikan bahawa siri pendek ini akan diterbit pada 25 April 2016.
Macam mana anda rasa manga Boruto kali ini?