"Awak kata tonton terlalu banyak anime!? Istilah ini tidak pernah wujud!"
Mungkin ini yang akan dikatakan mereka yang berdelusi atau tidak dapat terima kenyataan. Tetapi menonton siri anime membuatkan seseorang itu obses dengannya. Mahu tahu 13 petanda sekiranya anda tonton terlalu banyak anime!? Jangan risau, antaranya telah dapat dikenalpasti masalah ini:
1. Teruja bila orang lain juga tonton anime!
Alangkah bahagia bila anda tahu dan bertemu dengan orang yang suka anime sama macam anda tonton.
2 Anda terburu-buru layari internet untuk cari anime terbaru.
3. Anda tidak ingat bila kali terakhir tonton program TV biasa.
Uhh, ada apa-apa yang luar biasa dengan rancangan TV pada masa sekarang?
4. Alih Suara? Tidak sesekali!
Anda akan jauhkan diri dari menonton anime yang dialih bahasa kerana peminat anime sejati akan bersatu dengna budaya, hidup bernafas dan makan sama seperti mereka amalkan budaya tersebut.
5. Anda bina falsafah sendiri berdasarkan falsafah watak kegemaran.
Mungkin kadang-kala anda menjerit BANKAII pada seseorang!
6. Tidak sabar pulang ke rumah untuk tonton anime episod terbaru.
7. Anda guna istilah dan ekspresi Jepun ketika berbual.
"adakah saya kawai hari ni?" atau mungkin guna perkatan 'Baka' pada seseorang!
8. Anda beli dan pakai baju anime kegemaran!
9. Anda boleh namakan seiyuu untuk setiap anime!
10. Anda memiliki 'dakimakura'
Anda akan memeluk sambil menonton anime kegemaran anda setiap hari. Kalau nak tahu dakimakura bermaksud bantal besar untuk dipeluk yang mempunyai ilustrasi watak anime berskala sebenar!
11. Anda mula belajar bahasa Jepun supaya tak perlukan sarikata.
12. Anda muat turun semua lagu anime yang anda tonton!
Tambahan, anda mungkin dengar berulang kali, cari lirik lagunya untuk tahu maknanya, dan seterusnya kongsikannya di laman sosial!
13. Anda asyik kata, "Cuma satu episod lagi..!"
Ini adalah petanda paling besar bahawa anda terlalu banyak tonton anime! Orang biasa mungkin menonton satu episod setiap hari. Selain itu, anda juga tidak dapat tidur nyenyakm tidak sedar masa berlalu, rasa penat sepanjang masa dan bilik anda penuh dengan bekas makanan! Munking anda patut menahan diri mulai hari ini!
Sekiranya anda mengalami simptom seperti di atas, tolong dapatkan bantuan segera! Luangkan masa lapang dengan melakukan aktiviti luar rumah. Tidak salah menonton anime, tetapi minat perlu diseimbangkan dan mesti berpada-pada.