Untuk mempromosikan penayangan filem anime Yu-Gi-Oh! The Dark Side of Dimension yang telah ditayangkan pada 23Hb April lepas, sebanyak 7649 keping kad Yu-Gi-Oh! yang telah dikeluarkan sejak tahun 1999 kini sedang ditayangkan di Stesen Shinjuku.
Francais permainan kad ini sendiri memiliki banyak spin-off. Dalam filem anime terbarunya, watak Yugi dan Kaiba serta beberapa watak asal lainnya telah disahkan akan kembali semula dalam kisah terbaru ini yang berlatarkan waktu selepas berlakunya pelbagai kejadian dalam siri manga.