Siapa yang tidak boleh lupakan Guru Jiraiya atau juga dikenali sebagai Petapa Gatal? Dialah antara guru Naruto yang sangat dikagumi dan Naruto telah banyak meluangkan masa dengannya unruk berlatih menjadi lebih kuat.
Antara 10 fakta menarik tentang Jiraiya ialah:
1.
Jiraiya lah yang telah mencipta Toton Jutsu iaitu teknik halimunan melepaskan diri sejak muda lagi. Dia seringkali menggunakan teknik ini untuk mengintai perempuan yang sedang mandi tanpa diketahui orang ramai.
2.
Dia mula mendapat kelulusan akademi ninja sejak umur 6 tahun lagi.
3.
Dia telah ditawarkan untuk menjadi Hokage. Tetapi dia menolak kerana dia cuba untuk mengejar Orochimaru dan juga Akatsuki.
4.
Jiraiya bermaksud "Saya datang'.
5.
Kebanyakan anak murid yang terkenal seperti Minato, Yahiko, Nagato, Konan, Kakashi dan Naruto menjadi pemimpin dan ketua di kampung mereka masing-masing.
6.
Jiraiya merupakan seorang yang paling banyak menghabiskan misi sebagai Shinobi dalam siri Naruto. Dia telah melengkapi 1839 misi rasmi dalam hidupnya.
7.
Pelindung dahi yang dipakainya berbentuk tanduk adalah perkataan kanji yang bermaksud 'Minyak" dan merupakan simbol bagi Gunung Myoboku di mana dia telah berlatih untuk menjadi "Sage Mode" dan membuat perjanjian dengan katak ninja.
8.
Buku pertama Jiraiya ialah bertajuk "Kisah Ninja Yang Benar-benar Gagah" dan telah dikarang semasa dia mula berlatih dengan Penduduk Ame. Buku itulah Minato mula mendapat nama bagi anaknya iaitu Naruto.
Lagu pembukaan Naruto semasa kisah Jiraiya berlawan dengan Pain: