STOKE - BRITAIN. Sebuah hospital mengharamkan mereka yang memasuki kawasan dan pejabat di hospital semata-mata untuk 'melatih Pokemon mereka'.
Laporan Dailymail mengatakan pemain applikasi permainan Pokemon GO menceroboh pejabat dan kawasan terlarang di hospital Royal Stoke University.
Pihak hospital tidak mempunyai pilihan lain selain melarang mereka yang tidak mempunyai urusan di hospital tersebut dari memasuki kawasan hospital.
Sebelum ini, pihak hospital membenarkan pemain bermain Pokemon GO kerana ianya elok untuk kesihatan.
Namun terdapat aduan pemain menceroboh pejabat semata-mata untuk mencari dan melatih Pokemon mereka.
"Kami mahu orang awam faham bahawa mereka yang memasuki hospital semata-mata untuk bermain Pokemon GO akan mengacau perjalanan kerja kami. Saya juga mendapat laporan pemain bermain di kawasan yang dilarang," kata penolong ketua jururawat, Kevin Parker.
Walau bagaimanapun, pesakit yang sedang dirawat di hospital tersebut dibenarkan bermain Pokemon GO.
Pokemon GO merupakan aplikasi permainan menangkap Pokemon yang memerlukan pemainnya berjalan untuk bermain.