Telah diumumkan bahawa filem Doraemon terbaru yang berjudul Doraemon the Movie 2017: Great Adventure in the Antartic Kachi Kochi (Eiga Doraemon: Nobita no Nankyoku Kachi Kochi Daibouken) bakal ditayangkan di Jepun pada musim bunga tahun hadapan.
Atsushi Takahashi akan bertindak selaku pengarah. Trailer pertama untuk filem Doraemon terbaru telah mula ditayangkan di lawam sesawang rasminya pada 22hb Julai lepas.
Kisah Doraemon the Movie 2017 kali ini bakal menampilkan jalan cerita asal di mana Nobita dan kawan-kawannya menemui rahsia terbesar dari runtuhan purba ketika berada di Antartika.
Dua watak baru juga akan muncul dalam filem terbaru ini yang bernama Paopao dan seorang gadis misteri bernama Kaara.
Nantikan tayangannya!