Mesti anda dah tahukan siapa Sarada? Dia ialah anak kepada Sakura dan juga Sasuke.
Impiannya ialah untuk jadi Hokage, adakah ianya akan tercapai?
Seperti yang diketahui dalam siri Naruto Gaiden, Sarada jelas menyatakan yang dia ingin menjadi seperti Naruto, iaitu jadi Bayang Api.
Tapi, jika tengok pada jalan cerita Boruto yang menunjukkan babak pada masa depan, ianya agak sedikit lari dari apa yang diinginkan oleh Sarada. Kemusnahan yang berlaku di Kampung Konoha semasa imbasan masa ketika Boruto berlawan dengan Kawaki.
Seluruh latar belakang dan kawasan pertarungan itu rosak teruk sehingga menghancurkan arca batu Hokage. Dan Naruto masih lagi Hokage terakhir pada ketika itu. Jadi masih belum ada lagi yang ke-8!
Kampung tersebut mengalami kemusnahan yang teruk, dan ia menjadi tanda tanya kepada pembaca!
Di manakah Naruto, Sasuke, Sakura, Himawari, Hinata, dan lain-lain?
Fokus artikel ini adakah Sarada boleh jadi Hokage? Mungkin kita patut tunggu manga keluaran Boruto yang akan terbit dan juga siri Anime selepas Naruto Shippuden!