Hai semua! Kali ni penulis ingin ceritakan sedikit tentang Rin Nohara, dan betapa pentingnya beliau dalam kisah Naruto Shippuden!
Mari mulakan dengan latar belakang beliau dahulu.
Rin Nohara merupakan kunoichi dari Kampung Konoha. Dia telah dimasukkan ke dalam kumpulan 7 iaitu bersama Cikgu Minato dan juga Kakashi serta Obito. Rin berkemahiran dalam teknik perubatan dan juga sedikit dalam taijutsu.
Peranannya dalam cerita Naruto kali ini ialah dia seakan-akan membawa watak untuk melakukan 'helah' untuk memberi manfaat kepada Kakashi dan Obito, iaitu untuk bekerjasama dan tolong-menolong. Disebabkan dia telah diculik, Obito mengajar Kakashi betapa pentingnya misi terakhir bersama dengan kumpulan Minato tersebut.
Selepas 'kematian' Obito, Rin telah memindahkan sharingan Obito kepada Kakashi, menjadikan Kakashi digelar Kakashi Si Sharingan selepas kejadian itu.
Rin kemudian telah diculik oleh Madara dan telah mempergunakan Obito untuk menjadi jahat dan supaya Obito sertai kumpulannya.
Ini mungkin sebanyak peranan Rin dalam siri ini. Semua sebab dia telah jadikan Obito ganas dan kita telah tahu kan apa yang dia lakukan pada dunia ninja.
Lama kemudian, Kehadiran Rin dalam ingatan Obito mula menjadikan dia baik semula dan mampu bekerjasama dengan Kakashi melawan Kaguya!
Memang kelakar, kan? Tapi itulah hakikatnya. Perang Dunia Ninja Ke Empat berlaku hanya disebabkan oleh seorang perempuan dan janji yang dimungkiri saja.
Semuanya salah Obito, tapi tindakan yang dirancanga dengan teliti oleh Madara supaya ia terjadi sedemikian.
Tak kira apa pun, Rin sangat berkait rapat dalam penceritaan siri ini. Memang sangat menyedihkan apabila kejadian seperti ini diperalat oleh Madara seorang.