Sejak pertama kali dikeluarkan pada tanggal 6hb Julai 2016, populariti Pokemon Go terus mennigkat. Permainan mgngabungkan teknologi berasaskan lokasi dan realiti berperantara pemainnya tidak boleh berhenti dan sanggup melakukan apa saja.
Sebagai negara asal pokemon, Jepun sudah mula menunjukkan tahap obsesinya yang tinggi sehingga memiliki hutan khas untuk Pikachu!
Bagi mereka yang bermain Pokemon GO sudah tentu tahu bahawa Pikachu termasuk salah satu raksasa yang cukup jarang untuk dimiliki. Namun, terdapat pemain yang berjaya menangkap tiga ekor Pikachu dan 15 ekor pokemon jenis lainnya hanya dalam masa toga puluh minit berada di Taman Nasional Shinjuku Gyoen yang terletak di Shinjuku, Tokyo.
Dengan harga tiket masuk bernilai 200 Yen (Rm7.90), anda boleh berjalan-jalan di sekeliling Taman Nasional Shinjuku Gyoen sambil memburu Pokemon. Malah para pemburu Pokemon mula menggelar taman Nasional Shinjuku Gyoen sebagai hutan khas Pikachu.