1. Puak Hatake yang dikenali hanya ada dua sahaja. Sakumo sebagai "Taring Putih" dan Kakashi sebagai 'Kakashi si Ninja Peniruan". Mereka berdua terkenal di dunia shinobi.
2. Reaksi dari Iwagakure yang mana tersalah sangka bahawa Kakashi ialah Sakumo sebagai taring putih tersebut.
3. Sakumo Hatake yang mengetahui akan kehebatan ninjutsu Guy dan memberi amaran kepada Kakashi untuk lebih berhati-hati sebagai pesaingnya.
4. "Sakumo" diambil dari "Sakumotsu" yang mana bermaksud "hasil pertanian" ataupun tanaman dengan nama lainnya. Anaknya bernama Kakashi bermaksud "Patung orang-orang", Dan juga nama keluarga mereka ialah Hatake bermaksud "Tanah Pertanian"
5. Sakumo Hatake memiliki pisau pendek putih, memiliki tatoo yang kecil. Chakra putih akan keluar dari pisaunya bila ayunkannya. Sebab itu dia digelar Taring Putih kerana pisau tersebut menyerupai taring.
6. Isteri Sakumo ialah dari Puak Inuzuka (Puak Kiba). Sebab itu Kakashi memiliki talian yang rapat dengan anjing.
7. Sakumo Hatake rela menyelamatkan kawannya dan abaikan misi yang sepatutnya dia laksanakan.
Akibat daripada itu, dia terpaksa dihalau dari Kampung Daun, walaupun dia telah selamatkan seseorang. Dari itu juga, dia menjadi tertekan dan kemurungan.
8. Minato berkata bahawa Sakumo memiliki tahap yang sama dengan sannin.
9. Sakumo Hatake lah yang telah mengeluarkan kata-kata "Siapa yang melanggar peraturan adalah sampah, tetapi siapa yang abaikan kawannya sendiri lebih teruk dari sampah". Dan selepas itu, kata-kata ini juga diungkapkan oleh Obito yang mana mempengaruhi Kakashi selepas kejadian itu.