Seperti kita tengok sebelum ini, telah banyak ninja yang mewarisi ilmu katak dari gunung Myoboku. Antaranya Hagoromo, Minato, Jiraiya dan juga Naruto. Persoalannya, siapakah yang akan warisi teknik ini untuk seterusnya?
Ya, dengan harapan Naruto mampu berikan ajaran teknik ini juga kepada anaknya sendiri.
Pertama sekali, Boruto boleh dikatakan agak kuat dan memiliki kuasa yang hebat dan berpotensi tinggi. Tapi, untuk katakan bahawa generasi baru ini penuh dengan kejutan dan cabaran.
Tapi sejak Boruto lebih sukakan diajar oleh orang lain termasuk Sasuke, ada kebarangkalian juga banyak ilmu akan diturunkan oleh Sasuke kepadanya. Lagi pun ayahnya sendiri sibuk dengan kerja sebagai Hokage. Perkara lain, Sasuke juga tidak tahu tentang Senjutsu, dan Sasuke perlu latihnya dalam banyak perkara.
Tapi ada kemungkinan juga bahawa kodok dari Myoboku akan menyeru Boruto dan mengajarnya. Adakah mungkin akan ada teknik tambahan lagi seperti mana perlawanan antara Kawaki dengan Boruto?
Pasti akan jadi lebih menarik bilamana dia mampu kuasainya kerana ini akan buatkan siri anime ini lebih gah apabila ditayangkan nanti,
Perlawanan antara mereka berdua juga agak sengit kerana kelihatan hanya mereka berdua sahaja yang ada. Jurus luar biasa ini sepatutnya dikembangkan lagi oleh generasi yang akan datang.
Tapi setakat ini, belum ada cerita dan kisah rasmi lagi berkenaan dengan perlawanan antara mereka berdua.