Kita dapat tahu bahawa Sasuke pernah berkata bahawa dia mahu menjadi seorang Hokage.
Tapi apa yang akan berlaku, sekiranya dia berjaya membunuh Naruto dan mengejar apa yang dia mahu itu.
Kemungkin dia tidak akan membiarkan Sasuke dan Kakashi begitu sahaja. Apa bila dia tahu yang mereka takkan mengikut arahannya yang mana berlawanan dengan jiwa ninja, kemungkinan akan berlaku perkara yang buruk.
Sasuke lebih kepada cara persendirian tanpa perlunya kerjasama dan juga tolong-menolong dalam setiap usahanya. Kekungkinan dia hanya seorang diktator dan mahu menghapuskan sistem lama sebelum ini. Dan menggantikannya dengan ideanya yang tersendiri.
Jika dia gunakan Infinite Tsukoyomi, dia mampu untuk mengawal raksasa berekor dan juga memanipulasi orang lain dengan mengatakan bahawa dialah yang telah mengalahkan Madara dan mendakwa Naruto, Kakashi dan Sakura mati ketika peperangan tersebut.
Sasuke akan kata bahawa kuasanya lah yang telah menyelamatkan semua orang. Tapi, sekiranya orang lain melawannya, dengan mudah Sasuke mampu mengawal mereka dengan Genjutsu, lebih-lebih lagi Sasuke memiliki Rinnegan.
Itu hanya pendapat sahaja. Macam mana dengan anda? Apa yang anda rasa jika Sasuke jadi Hokage?