Dengan sedikit plot penceritaan Boruto Next Generation, kali ini akan menerangkan beberapa fakta menarik tentang kisah tersebut.
Kenapa Kawaki jadikan semua era Shinobi menjadi teruk sebegini. Secara tak langsung, dia mahu musnahkan semua ninja yang ada.
Kita bermula di Kampung Konoha. Konoha telah musnah dengan teruk dan jelas sekali bahawa Kawaki yang telah lakukannya. Ianya seolah-olah seperti serangan Pain ketika dahulu. Secara logiknya kita boleh katakan bahawa Kawaki adalah seorang yang kuat dan susah untuk dikalahkan. Dan mempuyai motif tertentu disebalik serangan yang dilakukan.
Mungkin juga dia mahu menjadi lebih kuat dan menamatkan era Shinobi. Memang jelas dia seorang Shinobi dan bukannya Samurai. Ia sememangnya dah seperti perang. Kemungkinan dia benci akan ninja dan mahu hilangkan semuanya. Kebarangkalian juga ada agenda lain disebalik semua serangan ini.
Kemunculannya juga seakan Sasuke. Nampak dengan wajah yang tenang dan yakin pada dirinya untuk kalahkan Boruto. Seperti yang dia katakan, memang senang untuknya kalahkan Hokage ke-7. Jadi, kalau berlawan dengan Boruto mesti akan lebih mudah.
Teori lain, mungkin juga dia mahukan revolusi dan perubahan. Dunia dimana tanpa Shinobi yang sama dengannya. Dia perasan bahawa Shnobi memiliki kuasa yang buatkan dia tidak senang duduk.
Kita boleh lihat sendiri tatu yang ada pada Kawaki dan Boruto. Mereka memiliki kuasa yang baru. Dan bila kita tengok pada alat yang digunakan oleh Boruto semasa Chuunin, chakranya tidaklah sebanyak ini.
Ini hanya teori dari babak pertam Boruto, Nantikan update terbaru apabila susah tiba saat-saat ini dalam siri manga dan anime!