Okey, mari mulakan fakta menarik tentang watak dalam siri Naruto untuk kali ini, iaitu Shikamaru.
1. Selepas kematian Asuma, Shikamaru secara sementara telah mengikut jejak tabiat gurunya dengan merokok.
2. Shikamaru selalu bermain shogi dengan Asuma, berbanding dengan Shikaku, ini kerana ianya lebih mudah untuk dia kalahkan Asuma.
3. 'Ino', 'Shika' dan 'Cho' merupakan nama pada keping kad yang diperlukan untuk memenangi hadiah cabutan "Inoshikacho" di Hanafuda.
4. Shikamaru berharap sangat untuk hidup di dunia tanpa adanya tekanan.
5. Jenis darah Shikamaru ialah AB.
6. Selain dari Naruto, Shikamaru merupakan satu-satunya dari kumpulan Konoha 11 yang tidak naik pangkat pada 'timeskip', kerana dia telah chunin sebelum timeskip tersebut.
7. Shikamaru telah menyempurnakan misi sebanyak 39 kali secara rasminya.
8 D-rank,
3 C-rank,
9 B-rank,
19 A-rank,
0 S-rank.
8. Shikamaru secara konsistennya telah berada di tangga teratas dalam watak yang paling popular dalam undian. Merupakan antara empat teratas secara konsisten.
9. Hari jadi Shikamaru ialah pada 22 September.
10. Shikamaru memiliki anak yang bernama Shikadai.