Hai semua, kali ini giliran Kushina untuk kita ketahui fakta dirinya. Antaranya ialah:
1. Tarikh lahir Kushina adalah pada 10 Julai.
2. Kushina merupakan Manusia Korban Kyuubi yang kedua,
3. Kushina merupakan orang yang ketiga yang dapat memegang Naruto. Obito merupakan yang pertama diikuti Minato yang kedua.
4. Dia banyak meluangkan masa mudanya dalam peperangan.
5. Kushina mampu bertahan ketika keluarkan Kyuubi adalah kerana dia memiliki stamina dan tenaga puak Uzumaki. Malah dia memiliki cukup tenaga untuk mengawal rantaian Kyuubi.
6. Isteri Kishimoto sebenarnya yang mahukan dia menulis tentang Kushina.
7. Kushina dikenali di Kampung Daun dengan keberaniannya.
8. Kushina memiliki tabiat dengan mengatakan 'tau tak' pada hujung kata-katanya. Ini diikuti oleh Naruto sendiri dengan mengatakan Datteabayo.
9. Kushina sangat berbakat dalam memasak.
10. Kushina selalu mengejek Obito. Dia memotivasikan Obito sedemikian untuk menjadi Hokage.
11. Kedua-dua Minato dan Kushina mati ketika berumur 24 tahun.
12. Lagu yang dimainkan ketika Hinata bercakap pada Naruto sama dengan lagu ketika kematian Kushina dan Minato.