10. Pemilik Rinnegan dikatakan sebagai seseorang yang “dihantar” dari syurga untuk menjadi “Dewa Pencipta” yang akan meredakan kekacauan dunia atau “Perosak” yang akan memusnahkan segalanya.
9. Rinnegan mampu meningkatkan jutsu pemiliknya, setakat ini sudah ada 31 jutsu yang telah diketahui.
8. Pembuatan watak 6 Pain mendapat pengaruh dari ajaran Budha.
7. Dalam Naruto Shippuden episode 203, digambarkan rinnegan Rikudo Sannin berwarna merah.
6. Maksud Rinnegan adalah Mata Samsara. Samsara sendiri merupakan konsep dalam agama Budha tentang lingkaran kehidupan dan kematian yang selalu terkait.
5. Kanji “Rin” (roda) juga digunakan dalam penulisan Sharingan dan Rinne Sharingan, hal ini memungkinkan adanya kaitan antara ketiganya secara tersirat.
4. Beberapa kemampuan Rinnegan hanya boeleh dilakukan oleh satu pengguna. Madara boleh membuat bayangan dirinya di dunia yang disebut Limbo, yang hanya boleh dilihat dengan Rinnegan; Rinnegan milik Sasuke mampu membuat dia boleh berteleportasi dan membuka pintu gerbang dimensi.
Sementara Rinnegan Momoshiki mampu menyerap jurus dengan tangan kanannya dan membalikkannya dengan tangan kiri, dia juga mampu melintas antara dimensi.
3. Ada 3 jenis Rinnegan, iaitu Rinnegan biasa, Rinnegan full power Sasuke, dan Rinnegan Initial milik Momoshiki
2. Ada 7 pengguna Rinnegan yang diketahui, iaitu: Nagato, Hagoromo Otsutsuki, Momoshiki Otsutsuki (hanya muncul di dalam filem), Madara Uchiha, Obito Uchiha, Sasuke Uchiha, dan Zetsu Hitam.
1. Dalam manga, setelah Sasori dan Deidara membawa Gaara ke persembunyian Akatsuki, dalam satu panel digambarkan Pain memiliki tomoe di Rinnegannya.