1. Adakah Hidan masih lagi hidup di dalam lubang dalam?
Jawapannya: Dia telah mati. Tak ada oksigen, tak ada makanan, dan tak boleh korbankan orang lain.
2. Bagaimana Killer Bee tidak mati ketika ekor 8 keluar darinya?
Yang ni saya tak tahu. Korang boleh fikir dan komen sendiri.
3. Ayah Kakashi iaitu Sakumo Hatake dikatakan sangat kuat berbanding Sannin. Adakah itu betul?
Ya, jika dia bekerja secara individu, dia lebih kuat.
4. Kenapa Naruto tak boleh gunakan Pendeta Enam Jalan sedangkan Sasuke boleh lakukan lagi?
Tanda pada tangannya telah tak ada.
5. Siapakah nama suamo Kaguya?
Nama suaminya ialah Tenji.
6. Killer bee kata bahawa Naruto tak boleh lakukan penggadaan jika berada dalam mod chakra kyuubi atau dia akan mati. Tapi masih lagi dia mampu berbuat demikian, malah sampai 6 orang.
Kurama telah pinjamkan chakranya. Mungkin.
7. Kenapa Nagato tidak bangkitkan Yahiko?
Mungkin tidak tahu untuk menggunakan kuasa Rinnegan sepenuhnya pada masa itu. Dia telah pelajari teknik itu dengan mengambil masa yang agak lama. Mungkin.
8. Kenapa Boruto tidak mewarisi Byakugan?
Kishimoto terlupa untuk bagi padanya. Tapi, dalam siri Boruto, dia akan mendapatkan dengan cara pindahan mata.
9. Bagaimana Hashirama mati?
Disebabkan umur yang tua?