Ringkasan Kajian dan Fatwa FOREX
Online - Ada ke yang kata harus? Fatwa mana?
1. Prof Dr Rafiq Yunus al-Misri
(2010), “Tijarah al-‘Umlah ‘Ibra al-Internet”, Journal Jami’ah al-Malik ‘Abd
al-Aziz: al-Iqtisad al-Islami, j. 23, bil. 1.
Keputusan: Hukumnya haram kerana
spekulasi yang melampau, berbentuk gambling, dan tidak menepati kaedah sarf
sebenar yang dikehendaki oleh Islam, iaitu riba serta penyumbang kepada krisis
ekonomi.
2. Dr Wa’il Arabiyat & Dr Ahmad
Abdullah al-‘Awn (2011) “al-Hukm al-Syar’i li al-Tijarah al-‘Umlat Bi Nizam
al-Hamisy”, Journal of Jordan in Islamic Studies, j. 7, bil 1a.
Keputusan: Kajian ini memberi fokus
kepada kaedah margin dan laverage yang digunakan dalam FOREX trading online.
Kajian ini menganggap semua transaksi berasaskan marjin dan leverage adalah
haram kerana terdapat unsur qard yang menghasilkan keuntungan kepada platform
dan ini adalah riba. Selain itu tidak berlaku qabd walaupun secara hukmi
seperti yang disyaratkan dalam akad sarf.
3. Dr Wa’il Arabiyat & Dr Ahmad
Abdullah al-‘Awn (2011) “Dawabit al-Syar’iyyah li al-Tijarah al-Iliktruniyyah
fi al-Umlat al-Dawliyah”, Journal of Jordan in Islamic Studies, j. 7, bil 1b.
Keputusan: Kajian ini memberi fokus
kepada parameter urus niaga forex global secara elektronik. Berasaskan
parameter yang diberikan, forex secara dalam talian gagal mematuhi parameter dan
garis panduan Syariah kerana berunsur spekulasi sepenuhnya, tidak memenuhi
syarat qabd walaupun secara hukmi.
4. Rafik Fakhry Omar Eleri Jones ,
(2015),"Critical evaluation of the compliance of online Islamic FOREX
trading with Islamic principles", International Journal of Islamic and
Middle Eastern Finance and Management, Vol. 8 Iss 1 pp. 64 – 84
Keputusan: Kajian ini menilai semua
urus niaga FOREX Online yang didakwa Islamic Trading. Penilaian dilakukan
mendapati semua yang mendakwa islamic trading itu cuma menukar istilah, tanpa
menukar apa-apa kontrak dan urus niaga masih tidak mematuhi kehendak Syariah
terutama dalam bab sarf. Bahkan ia lebih jelas kepada bentuk perjudian kerana
tahap gharar dan spekulasi yang tinggi
5. DR. MARJAN MUHAMMAD et.al (2011)
Operasi Perdagangan Pertukaran Matawang Asing Oleh Individu Secara Lani
(Individual Spot Forex) Melalui Platfom Elektronik: Satu Sorotan Dari Sudut
Syariah. RESEARCH PAPER (No: 24/2011), Kuala Lumpur: ISRA.
Keputusan: Berdasarkan beberapa isu
syariah yang diketengahkan termasuk isu qard, leverage, riba al-nasi’ah,
rollover interest, qabd, menjual mata wang yan tiada dalam pegangan (qabd) dan
spekulasi yang melibatkan perjudian, ternyata operasi individual spot forex
secara online tidak menepati tuntutan syarak yang telah digariskan berhubung
jualbeli mata wang
6. Muzakarah Majlis Fatwa
Kebangsaan.
Keputusan: Muzakarah Jawatankuasa
Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang
bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah memutuskan bahawa perdagangan
pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot
forex) melalui platfom elektronik yang ada pada masa ini adalah haram kerana ia
bercanggah dengan kehendak syarak dan juga tidak sah dari sisi undang-undang negara.
Selaras dengan itu, umat Islam adalah dilarang daripada melibatkan diri dalam
perdagangan mata wang seumpama ini.
7. Fatwa Majelis Ulama Indonesia
(MUIN) No: 28/DSN-MUI/III/2002 tentang Jual Beli Mata Uang (Al-Sharf)
Keputusan: Fatwa hanya mengharuskan
jika FOREX dilakukan bukan tujuan spekulasi (mengambil untung atas perubahan
harga), untuk keperluan, dan berjaga-jaga. Oleh kerana FOREX online adalah
tujuannya spekulasi, maka ia tidak mematuhi keharusan ini.
8. Fatwa Negeri Perak Tentang Forex
Keputusan: Jabatan Mufti Negeri
Perak memutuskan FOREX adalah harus jika tidak bertujuan untuk spekulasi. Oleh
kerana FOREX ONLINE adalah 100% berbentuk spekulasi, maka ia tidak mematuhi
keharusan yang disyaratkan itu. Bagi yang menggunakan fatwa perak mengatakan
harus, baca baik-baik fatwa dan bandingkan dengan apa yang trader lakukan.
9. Majma’ Fiqh Islami Sedunia
Tentang Trade With Margin tahun 2006.
Keputusan: Perniagaan dengan margin
dan leverage jika melibatkan FOREX, adalah haram dan berunsur riba.
Kesimpulan:
Semua kajian dan fatwa yang
berasaskan kajian terperinci menganggap FOREX TRADING ONLINE adalah haram.
Jangan bandingkan kajian dan fatwa ini dengan pendapat seorang ustaz kuliah itu
yang bercakap tanpa kajian, tanpa ilmu dalam bidang ekonomi dan muamalat.
Baca dan sebarkan! Semoga kita dan
keluarga terselamat daripada dosa riba dan judi.