A tak mampu nak beli rim sport berharga RM1500 daripada C. B kata, "Saya tolong beli rim daripada C, tapi saya jual RM2000 secara ansuran selama 12 bulan."
Jawapannya ia bukan riba dan ia bukan jalan belakang kepada riba. Tapi khilaf ulama memang diakui ada dalam isu ini.
1. Ini adalah 100% jual beli dan bukan riba. Tidak ada bukti yang kuat untuk kaitkan dengan harga riba kerana ia adalah jual beli B kepada A. B ada hak jual harga ansuran lebih mahal dan ulama 4 mazhab tidak ada halangan dalam isu jualan ansuran yang mahal.
2. Ia bukan jalan belakang kepada riba tapi alternatif terbaik untuk elakkan riba. Al-Quran secara jelas menyatakan, "Dan Allah haruskan jual beli dan mengharamkan riba". Ulama usul fiqh bersepakat bahawa tujuan utama ayat ini ialah untuk membezakan kontrak jual beli dan riba. Riba ialah pertambahan atas kontrak pinjaman, sedangkan dalam kes ini tidak pernah ada kontrak pinjaman.
3. Namun kita akui ada khilaf ulama telah tentang keharusan jual beli sebegini. Tapi khilaf ini tidak melibatkan isu riba. Contohnya dalam al-Umm Imam Syafi'i dengan contoh yang lebih kurang sama (tapi bukan rim sport la), cuma mewajibkan A diberikan hak pilihan sama ada untuk membeli atau tidak jadi beli selepas B beli rim tersebut daripada C. Mazhab Maliki pula menamakan jual beli ini sebagai jual beli 'inah, iaitu B seperti menjual sesuatu yang bukan miliknya (Konsep Inah dalam mazhab Maliki tidak sama dengan konsep Inah dalam mazhab majoriti). Ringkasnya pengkritik konsep bukanlah kepada riba tapi isu B mengambil untung tanpa risiko. Isu lain ialah B menjual produk yang beliau belum miliki. Imam Syafi'i pula menganggap janji A untuk beli daripada B tidak mengikat.
Semua kritikan ini adalah khilaf biasa dalam muamalat yang mana kita menerima sebagai isu biasa. Secara umumnya ia tidak menjurus kepada riba, kecuali pandangan terpencil yang sedikit berlebihan dalam mendefinisikan riba, contohnya Ibn Rajab meluaskan skop riba kepada semua jual beli yang haram, dan mengambil untung berlebihan atau seumpamanya.
Wallahu A'lam
Dari tulisan Fb Muamalat,my