7. Kematian Hashirama
Tidak dijelaskan mengapa Hashirama mati. Tentunya tahu tahu watak terkuat sebelum Naruto menjadi kuat sekarang. Madara sangat menginginkan DNA nya, Orochimaru pun menggunakan Edo Tensei dirinya kerana mengetahui kekuatan Hashirama ini.
Hashirama dijelaskan sedikit bahawa dia mati dalam perang. Mati kepada siapa dan bagaimana? Mungkinkah kerana faktor usia? Lalu mengapa Mito masih hidup sampai detik Kushina diserahkan Kyuubi?
6. Siapa Jashin?
Dewa yang dipuja Hidan ini merupakan dewa yang memberikan keabadian pada diri Hidan. Tidak diketahui wujud dan rupa dari Hidan ini, begitu pula dengan kemampuannya. Dewa yang diketahui hanyalah Kaguya seorang. Dan mengapa hanya Hidan seorang yang mengikuti aliran Jashin ini? Bagaimana dengan pengikutnya yang lain??
5. Siapa yang ‘membuat’ keturunan Hyuga sebenarnya?
Diketahui Hamura yang satu-satunya memiliki Byakugan dan disebut sebagai moyang klan Hyuga. Perlu diingati, Hamura berada dibulan dan tidak memiliki anak disana. Apakah klan hyuga berasal dari Bulan?
4. Mengapa Tsunade tidak mendapat Wood Release seperti datuknya?
Tsunade dijelaskan juga tidak menggunakan nama Senju sebagai nama belakang. Klan Senju juga terkenal dalam penggunaan elemen terutama kayu (Tobirama dengan air). Nah, korang ingat tak bahawa Hashirama memiliki cucu iaitu Tsunade? Hashirama juga memiliki isteri Mito Uzumaki.
Lalu, mengapa Tsunade tidak menguasai jutsu berasal dari Senju mahupun Uzumaki?
3. Kemana kekuatan Naruto hilang?
Kekuatan disini ketika perang dunia shinobi keempat. Baik Sasuke dan Naruto mendapatkan pinjaman kekuatan dari Sage of Six Path dari Hagoromo Otsutsuki. Kedua sahabat karib ini mendapatkan chakra yang mengalir tiada henti sehingga Sasuke mendapatkan Rinnegan. Namun bagaimana dengan Naruto?
2. Sage Mode Hashirama.
Bagaimana dan dimana Hashirama menguasai Sage Mode dengan sempurna?? Bagaimana dengan bentuk dari Sage Mode Hashirama??
Jika Sage mode dalam anime ini rata-rata dapat dari haiwan. Kira kira, haiwan apa Hashirama ini??
Jawapannya cuma satu, Hashirama sangatlah kuat.
1. Shisui lawan Danzo. Mengapa SHISUI kalah??
MENGAPA SHISUI KALAH??? Pertanyaan ini pasti terus berlalu lalang difikiran korang semua. Perlu diketahui, Shisui merupakan Uchiha terkuat, Itachi mengakui bahawa Shisui sangat kuat. Bagaimana cara Danzo mengalahkannya?
Shisui bahkan boleh mengesan musuh-musuhnya dalam radius yang sangat luas. Jika diperangkap atau ditipu, tentu dengan mudahnya Shisui menggunakan Genjutsunya.
Jika Danzo hebat dengan Genjutsu, Shisui sudah mengaktifkan Mangekyou Sharingan dan sangatlah kuat. Sasuke sendiri boleh mengalahkan Danzo.
Kira – kira, masih ada lagi ke hal lain yang tidak masuk logik akal korang semua??? Tulis komen ye.