Poneglyphs adalah batu-batu di mana peristiwa-peristiwa dalam Zaman Void, dan juga, lokasi Senjata Purba tertulis. Batu-batu ini juga amat kuat dan tidak boleh dimusnahkan oleh apa-apa.
Terdapat hanya 5 orang setakat ini yang tahu bagaimana untuk membacanya. Jadi, hari ini saya telah membuat senarai semua 5 orang yang tahu bagaimana membaca Poneglyphs.
Nico Robin
Nico Robin ialah ahli lanun strawhat, dan juga arkeologi. Beliau mempunyai bounti yang 130,000,000 beri.
Dia adalah dari Ohara, dan tahu bagaimana untuk membaca dan menulis Poneglyph. Robin menguasai bahasa ini dengan dirinya sendiri.
Clover
Clover merupakan pengarah Perpustakaan Ohara dan adalah orang yang telah menkaji Poneglyph bersama-sama dengan rakan-rakan penyelidik di Ohara.
Beliau amat bijak dan beliau juga dipuji oleh Silver Rayleigh. Kemudian, dia telah dibunuh oleh Kerajaan Dunia dalam pembunuhan beramai-ramai Ohara, kerana dia tahu terlalu banyak mengenai The Century Void.
Kozuki Oden
Kozuki Oden merupakan ahli Roger Pirates, dan juga bapa Momonosuke. Beliau juga mengembara dengan mereka untuk ke Raftel, dan belajar tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku pada zaman Void
Nico Olvia
Nico Olvia yang menjadi ibu Nico Robin dan juga arkeologi. Beliau adalah salah seorang daripada beberapa yang mentahui bagaimana untuk membaca dan menulis Poneglyph.
Beliau juga terbunuh di Ohara ketika pembunuhan beramai-ramai bersama-sama dengan ahli-ahli arkeologi lain, dalam Buster Call.
Gol D. Roger
Gol D. Roger "The King of the Pirates", adalah kapten Roger Pirates. Dia dapat memahami perkataan pada Poneglyphs.
Walau bagaimanapun, dia boleh membacanya kerana dia boleh mendengar "Suara All Things". Ini juga telah dinyatakan oleh Rayleigh di Sabaody Archipelago.