Sakumo Hatake adalah ayah kandung
Kakashi Hatake. Dia merupakan salah satu ninja dari Konoha yang digelar Si Taring Putih dari Konoha, dan ninja paling dihormati serta kemampuannya lebih hebat dari para legenda Sannin.
Penampilannya yang hampir sama dengan anaknya Kakashi Hatake yang berambut putih dan juga shinobi Konoha memiliki kemampuan bertempur dengan baik dan benar-benarr kuat, dan kemampuannya boleh dikatakn menyamai bahkan melampaui Sannin.
Akan tetapi, kehidupan ayah Kakashi ini tidak setara dengan kemampuan hebatnya,
Sakumo Hatake diketahui bunuh diri. Dan meninggalkan Kakashi sebatang kara. Ya, Kakashi sudah ditinggal ayahnya sejak kecil lagi. Ibu Kakashi telah meninggalkan Kakashi sejak masih kecil lagi.
Misteri mengapa si taring konoha ini membunuh diri telah terungkap dalam siri anime Naruto Shippuden. Jika tidak salah dalam episode flasback dari Kakashi, diceritakan bahawa Sakumo Hatake meninggal dunia selepas menghadapi tekanan perasaan yang begitu teruk.
Dahulu kala, Sakumo yang adalah seorang ketua sebuah misi rahsia konoha untuk menyusup ke wilayah musuh, Sakumo Hatake dihadapkan dan dipaksa melakukan pilihan, untuk menyelesaikan misinya atau untuk menyelamatkan nyawa teman-temannya.
Menurut peraturan desa, menyelesaikan misi adalah hal yang paling layak untuk dilakukan. Meskipun begitu, untuk menyelamatkan nyawa kawan-kawannnya, Sakumo menghentikan misinya, Dan lebih memilih untuk menyelamatkan nyawa sahabatnya.Kejadian tersebut menjadi kerugian besar bagi desa, dan akhirnya Sakumo Hatake telah disalahkan kerana hal tersebut. Tidak hanya itu saja, teman yang diselamatkan dalam misi bersama Sakumo juga turut menyalahkan dan mengecam Sakumo. Cubaan berat yang dialami Sakumo tersebut, membuatnya mengalami tekanan yang berat, dan sakit secara fizikal dan mental, hingga akhirnya, Sakumo Hatake memmbuat keputusan untuk bunuh diri. Begitulah sebab Sakumo Hatake mati bunuh diri.
Sejak itu juga Kakashi yang sangat mengidolakan ayahnya selalu memilih jalan untuk lebih mengedepankan misi dan mengikuti serta mentaati aturan, sebelum pemikirannya itu berubah sejak Kakashi bersama Obito Uchiha yang menyedarkan Kakashi.
Obito menyedarkan Kakashi bahawa
Si Taring Putih adalah pahlawan tulen, meski benar di dunia shinobi, seseorang yang melanggar peraturan dan ketetapan dianggap sampah tapi, mereka yang meninggalkan teman-temannya lebih buruk dari sampah. Begitulah kata Obito, yang kemudian membuat Kakashi sedar bahawa ayahnya Sakumo telah melakukan hal yang benar.