Jawapannya adalah boleh. Setiap anggota puak Uchiha memiliki potensi untuk membangkitkan “Sharingan”. Perbezaan jenis jantina tidak mempengaruhi mereka untuk membangkitkan Sharingan. Hal itu diperkuat dengan kebangkitan Sharingan milik anak perempuan Uchiha Sasuke iaitu Uchiha Sarada.
Berikut ini perempuan Uchiha yang berhasil membangkitkan Sharingan:
Uchiha Sarada
Uchiha Sarada merupakan anak dari Uchiha Sasuke dan Haruno Sakura. Faktanya, Sarada ini merupakan keturunan Uchiha pertama setelah pembunuhan oleh Itachi pada masa lampau.
Kebangkitan Sharingan Sarada kerana dia ingin mengantisipasi kedatangan ayahnya. Oleh itu dia belum tahu seperti apa ayahnya tersebut, ia sangat beremosi dan akhirnya Sharingannya pun bangkit.
Uchiha Naori
Uchiha Naori terkenal dengan kemampuannya menggunakan kenjutsu pedang. Sebagai perempuan Uchiha, Naori dilihat berhasil membangkitkan Sharingan dan bahkan dapat menggunakan Mangenkyo Sharingan. Bukan sekadar itu, dia juga boleh menggunakan salah satu jutsu terkuat puak Uchiha iaitu Izanami.
Uchiha Izumi
Uchiha Izumi merupakan salah satu sahabat kecil Itachi. Izumi merupakan kunoichi yang cukup berbakat kerana mampu membangkitkan Sharingan bahkan sebelum Itachi berhasil melakukannya. Tapi, Izumi belum dapat mengawal kekuatannya itu dan juga tidak memiliki stamina yang cukup dalam menggunakan Sharingan. Izumi sendiri sangat cepat pengsan bila mana Sharingannya aktif.
Kuat mana Sharingan lelaki atau Sharingan perempuan?
Ini bukanlah sesuatu yang boleh dibandingkan. Kita tidak dapat mengatakan berapa banyak tahap emosi yang diperlukan dalam membangkitkan Sharingan.
Dalam dunia Shinobi, tidak peduli adakah dia perempuan atau lelaki. Mereka harus merasakan rasa sakit dan penderitaan untuk membangkitkan Sharingan.
Tidak ada perbandingan antara perasaan lelaki dan perempuan dalam membangkitkan Sharingan. Meskipun seperti yang kita ketahui bahawa perempuan lebih mudah terbawa perasaan. Tapi dalam dunia ninja itu tidak berpengaruh.
Sasuke membangkitkan Sharingan kerana disebabkan oleh perasaan tekanan dan ingin membunuh abangny, Itachi. Obito membangkitkan Sharingan kerana keingingannya membantu Kakashi untuk melindungi seseorang yang paling dekat dengan mereka iaitu, Nohara Rin.